Saturday, January 14, 2012

::. PeRbAiKi cInTa bErMuLA dArI HaTi .::



Cinta merupakan satu ekspresi kasih dan sayang. Cinta boleh lahir dari macam2 cara. Ada cara nakal, ada cara kebetulan, ada cara yang memang dicari dan diminta. Dan pengakhiran satu cinta juga berpelbagaian.

Kenapa perlu bercinta? Kenapa perlu sebelum berkahwin... kenapa tidak selepas berkahwin? Memang ada cinta lahir selepas berkahwin, tetapi ia jarang berlaku dan jarang ingin dilakukan. Yang banyak ada ialah cinta untuk berkahwin. Mereka bercinta supaya dan ingin mengenali hati budi, mengenali diri pasangan masing-masing ... agar nanti kebahagiaan selepas berkahwin akan dapat diteruskan.
Bercinta boleh, tetapi jangan sampai menyeksa diri. Cinta yang lahir itu sebenarnya adalah pemangkin untuk perbaiki diri sendiri. Apa yang tidak disukai semasa bercinta, cuba-cubalah untuk berubah kerana ruang masanya diberikan seluasnya. Bercinta membolehkan pasangan memberikan pendapat dan menegur, andai tidak suka .... boleh ditolak cinta, boleh dicari cinta yang lain.


aku akui sebagai manusia biasa tiada siapa pun yang sempurna.Usaha memperbaiki diri sentiasa ada.Aku sering mengingatkan diri aku sendiri carilah ketidaksempurnaan dalam diri sebelum menuding pada orang lain.Dari dulu hingga kini aku diuji dengan pelbagai dugaan yang menuntut aku bersabar..Dari dulu aku ni jenis yang memendam bila terlalu dipendam kadangkala aku menangis untuk melegakan hati.

Allah maha mengetahui setiap sesuatu yang berlaku..



No comments:

Post a Comment