Tuesday, January 17, 2012

::. Cintaku kepada Tuhan kerana aku ciptaanNya..Cinta & sayangku terhadap seseorang itu adalah perasaan yang diciptakanNya .::

Cinta itu letaknya di hati dan hati itu milik Allah. Tidak mungkin kita dapat menyentuh hati seseorang tanpa izin Allah dan jika Allah tidak mengkehendaki. Tidak patut kita serahkan hati kita yang dimiliki Allah itu kepada orang lain untuk dikuasai . Bahkan memang sepatutnya kita serahkan jiwa dan raga kita seluruhnya kepada Allah. Adapun rasa cinta yang lahir sesama manusia itu hanya jalan menuju cinta Allah. Janganlah sekali-kali kita menukarkan tujuan cinta di hati yang sepatutnya untuk Allah kepada manusia hanya kerana kita dapat melihat kecantikan manusia dan kita tidak dapat melihat Allah, kita cuma merasa dan melihat kecantikan segala ciptaan-Nya. Kita lupa dan selalu tidak sedar hakikat segala kecantikan itu adalah milik Allah. Jadikanlah cinta kepada manusia itu sebagai jalan menuju Tuhan, bukan matlamat dan pengakhiran destinasi cinta. Maka engkau akan lebih tenang menerima segala penolakan.


Hati kita meronta untuk mencintai dan dicintai. Alangkah remuk redamnya hati tatkala apa yang kita cintai tidak kita miliki. Alangkah kecewanya jiwa tatkala cinta kita tidak dibalas oleh orang yang kita cintai. Ternyata hati itu bukan milik kita, ia milik Allah. Kita tidak bersalah tatkala cinta itu lahir terhadap seseorang, tetapi kita keterlaluan tatkala kita memaksa ia kepada seseorang. Bukankah sepatutnya kita redha dengan ketentuan Allah yang tidak menumbuhkan cinta terhadap kita di hati orang yang kita cintai? Alangkah zalimnya kita tatkala kita tidak dapat menerima apa yang telah ditetapkan oleh Allah. Sedangkan saban hari kita sering tidak menghargai cinta Allah, kita tidak pula membalas segala anugerah cinta yang Allah berikan kepada kita pada setiap hembusan nafas, pada setiap detik kehidupan yang kita lalui. Bukankah Allah lebih layak untuk murka kepada kita kerana kita tidak membalas-Nya dengan ketaatan yang sepatutnya?Allah menjanjikan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Yakinlah akan janji Allah, sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji. Perbaikilah setiap inci kehidupanmu agar engkau termasuk di kalangan orang yang beroleh pasangan yang baik. Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki. Boleh jadi engkau cintakan sesuatu tetapi ia buruk bagimu dan begitu juga sebaliknya. Pada setiap persimpangan kehidupanmu, apakah engkau merasakan bahawa Allah tiada bersamamu? Bahkan dia sentiasa mendengar dan melihatmu.

Wahai sahabatku,Sungguh cinta itu telah menjadi faktor yang dapat mengubah sesuatu kepada lebih baik atau sebaliknya. Ada manusia biasa yang berubah menjadi wali kerana kuasa cinta, dan ada pula yang bisa menjadi hina kerana dikuasai cinta. Ya, tamadun itu berkembang dan boleh jadi hancur kerana cinta. Tidakkah engkau melihat Taj Mahal yang terbina kerana cinta? Sebaliknya, ada pula yang membunuh kerana cinta. Persoalanku kepadamu, apakah engkau ingin berubah kerana cinta ke arah Redha Allah atau mungkin lebih jauh daripada Allah?

Aku memohon keampunan kepada Allah atas segala kesalahan yang kuungkapkan dan kumohon kau doakanlah kebahagiaanku di dunia dan di akhirat. Moga kita dipertemukan Allah untuk hidup di syurga yang kekal selama-lamanya.



.......................................................................................................................................

aku tetap TERSENYUM walau sebenarnya aku KECEWA
aku tetap KUAT walau sebenarnya aku sudah TAK SANGGUP lagi..
aku tetap SEMANGAT walau aku TERTEKAN oleh masalah..
dan yang penting aku tetap SABAR dan memandang segalanya
baik2 saja walau sebenarnya hatiku LEMAH dan sedang TERLUKA.
Kerana aku tahu,Allah sedang menguji aku d saat ini..

Sunday, January 15, 2012

~bErDuA BeRsAtU~

Mengapa cinta kita
Selalu saja diduga
Bagai ada tak merestu
Kita berdua bersatu...

Atau mungkin kau dan aku
Ditakdir untuk berpisah
Walaupun melawan arus
Kita berdua bersatu...

Seringkali ku mendengar
Patah tumbuh hilang berganti
Tetapi ku tidak mahu
Cinta selain darimu...

Jika denganmu salah
Ku tak mahu yang benar
Jika denganmu rebah biarlah ku tercalar
Walau dilanda badai
Ku sanggup kerna ku mahu
Kita berdua bersatu...

Jika denganmu kabur
Ku tak mahu yang jelas
Jika denganmu hanyut
Biarlah aku lemas
Walau dilanda ribut
Ku sanggup kerna ku mahu
Kita berdua bersatu...

Saturday, January 14, 2012

::. PeRbAiKi cInTa bErMuLA dArI HaTi .::



Cinta merupakan satu ekspresi kasih dan sayang. Cinta boleh lahir dari macam2 cara. Ada cara nakal, ada cara kebetulan, ada cara yang memang dicari dan diminta. Dan pengakhiran satu cinta juga berpelbagaian.

Kenapa perlu bercinta? Kenapa perlu sebelum berkahwin... kenapa tidak selepas berkahwin? Memang ada cinta lahir selepas berkahwin, tetapi ia jarang berlaku dan jarang ingin dilakukan. Yang banyak ada ialah cinta untuk berkahwin. Mereka bercinta supaya dan ingin mengenali hati budi, mengenali diri pasangan masing-masing ... agar nanti kebahagiaan selepas berkahwin akan dapat diteruskan.
Bercinta boleh, tetapi jangan sampai menyeksa diri. Cinta yang lahir itu sebenarnya adalah pemangkin untuk perbaiki diri sendiri. Apa yang tidak disukai semasa bercinta, cuba-cubalah untuk berubah kerana ruang masanya diberikan seluasnya. Bercinta membolehkan pasangan memberikan pendapat dan menegur, andai tidak suka .... boleh ditolak cinta, boleh dicari cinta yang lain.


aku akui sebagai manusia biasa tiada siapa pun yang sempurna.Usaha memperbaiki diri sentiasa ada.Aku sering mengingatkan diri aku sendiri carilah ketidaksempurnaan dalam diri sebelum menuding pada orang lain.Dari dulu hingga kini aku diuji dengan pelbagai dugaan yang menuntut aku bersabar..Dari dulu aku ni jenis yang memendam bila terlalu dipendam kadangkala aku menangis untuk melegakan hati.

Allah maha mengetahui setiap sesuatu yang berlaku..



Saturday, January 7, 2012

LaRa LaGi

Hanya sampai di sini sahaja
Kisah cinta kita berdua
Tiada daya selamanya
Terhenti di sini...

Biar ku pujuk hati ini
Merawat rinduku sendiri
Setelah aku kau lukai
Sedangkan kau tahu...

Kasih aku hanyalah untukmu
Tiada lain dalam diriku
Takkan berubah
walau dipisah laut biru...

Cinta aku hanyalah untukmu
Tak pernah goyah
Tak pernah jemu
Takkan terpadam dalam hatiku
Ia milikmu.. percayalah...

Mungkin sudah suratan kita
Terpisah sebegini saja
Pasti di suatu hari nanti
Ku jejak bahagia...

.............................Ya Allah...Kau Tabahkanlah hati aku..Aku Hanya Mampu Berserah..Aku mencintaimu dgn menjauh darimu..Bkn krn aku membenci dirimu, namun krn aku ingin menjaga dirimu dan menjaga diriku sendiri..Aku mencintaimu dgn menjaga kesucian hatimu dan juga kesucian hatiku sendiri,menjaga kebeningan hati ku dan hatimu sebelum engkau halal bagiku......Aku ingin mencintaimu dengan halal di mata Allah...InsyaAllah..............................................................................................................................