Wednesday, June 1, 2011

~AkU WaNiTa bAnYaK KeLeMaHaN~

Assalamualaikum . .

Kepadamu yang akan menjadi pendampingku kelak..

Terima kasih kerana telah memilihku di antara ribuan bidadari di luar sana yang siap untuk kau pilih.. Padahal kau begitu tahu. Aku hanya wanita biasa, yang sangat jauh dari sempurna. Kerananya ku ingin kau tahu. Aku bukan wanita yang sempurna. Aku begitu banyak kekurangan. Maka ketahuilah..

Kepadamu yang akan memilihku kelak..

Aku tak sebijak bonda Khadijah, kerananya ku ingin kau tahu. Aku boleh saja berbuat salah dan begitu menyusahkan. Maka ku mohon padamu, bijaklah dalam menghadapiku, jangan marah padaku, nasihati aku dengan hikmah, kerana bagiku kaulah pemimpinku, tak akan berani ku membangkang padamu..

Duhai kau yang akan memilihku kelak..

Ingatlah, tak selamanya aku dapat tampak cantik di matamu, ada kalanya aku akan begitu kusam dan hodoh. Mungkin kerana aku begitu sibuk bekerja di dapur, menyiapkan makan untuk kau dan permata hati kita nanti –insya’Allah-. Maka aku akan tampak kotor dan berbau asap. Atau kerana seharian ku harus membenihi istana kecil kita, agar kau dan permata hati kita dapat tinggal dengan nyaman dan sihat. Maka mungkin aku tak sempat berdandan untuk menyambutmu sepulang bekerja.. dan mungkin kau akan menemukanku tersengguk-sengguk saat mendengar keluhan dan ceritamu, bukan kerana aku tak suka menjadi tempatmu menumpahkan segala rasamu, tapi karena semalam saat kau tertidur dengan nyenyak, ku tak sedetikpun tertidur kerana harus menjaga malaikat kecil kita yang sedang menangis, dan ku tau kau letih mengais rezeki untuk kami maka tak ingin ku mengusik sedikit pun lelapmu.. Jadi jika esok pagi kau mendapatiku begitu letih dan ada lingkaran hitam di mataku, maka tetaplah tersenyum padaku, kerana kau adalah kekuatanku..

Padamu yang akan menjadi nahkoda dalam hidupku kelak..

Ketahuilah, Aku tak sesabar Fatimah, ada kalanya kau akan menemukanku begitu marah, menangis dan tak terkawal, bukan kerana aku membangkang padamu, tapi aku hanya wanita biasa. Aku juga perlu tempat untuk menumpahkan beban di hatiku, tempat untuk melepaskan penatku, dan mungkin saat itu aku tak bertemumu, atau kau begitu sibuk dengan pekerjaanmu, maka bersabarlah, yang ku mahu hanya pelukan dan belaianmu.. Kerana bagiku kau adalah titisan embun yang mampu memadamkan segala resahku..

Ataukah ada kalanya tanganku akan mencubit dan memukul perlahan si kecil kerana lelah dan penatku di tambah rengekannya yang tak habis-habis. Sungguh bukan kerana ku ingin menyakitinya, tapi kadang aku kehabisan cara untuk menenangkan hatinya. Maka jangan membentakku karena telah menyakiti buah hati kita, tapi cukup kau usap kepalaku, dan bisikkan kata sayang di telingaku, kerana dengan itu ku tau kau selalu menghargai semua yang ku lakukan untuk kalian, dan kau akan menemukanku menangis menyesali perlakuanku pada malaikat kita, dan aku akan merasakan ribuan kali rasa sakit dari cubitan yang ku berikan padanya, dan aku akan berjanji tak akan mengulanginya lagi..

Padamu yang akan menjadi imam dalam hidupku kelak..

Ketahuilah. Aku tak secerdas Aisyah.. Maka jangan pernah bosan mengajariku, membimbingku ke arah-Nya, walau kadang aku begitu naif, tapi jangan pernah letih mengajarku.. Jangan segan membangunkanku di sepertiga malam untuk bersamamu bermunajat pada Kekasih yang Maha Kasih.. Jangan letih mengingatkanku untuk terus bersamamu mendulang pahala dalam amalan-amalan sunnah.. pimpin tanganku ke JannahNya, agar kau dan aku tetap bersatu di dalamnya.

Padamu yang akan menjadi kekasih hati dan teman dalam hidupku..

Seiring berjalannya waktu, kau akan menemukan rambutku yang dulu hitam legam dan indah, akan menipis dan memutih. Kulitku yang bersih akan mula keriput. Tanganku yang halus akan menjadi kasar.. Dan kau tak akan menemukanku sebagai wanita cantik, yang kau khitbah puluhan tahun yang lalu.. Bukan wanita muda yang selalu menyenangkan matamu.. Maka jangan pernah berpaling dariku.. Kerana satu yang tak pernah berubah, bahkan sejak dulu akan terus bertambah dan kian bertambah, iaitu rasa cintaku padamu..

Ketahuilah.. Tiap harinya, tiap jam, minit dan detiknya, telah aku lalui dengan selalu jatuh cinta padamu.. Maka, cintailah aku keranaNYA, dengan apa adanya aku.. Jangan berharap aku menjadi wanita sempurna.. Maafkan aku kerana aku bukan puteri.. Aku hanya wanita biasa..



....................................................................sekadar perkongsian..............................................................

Thursday, May 19, 2011

~SemOgA ALLaH PeRmUdAhKaN SeGaLa uRuSaN~


........................................sekarang nie musim pepriksaan.........................................

________________ semoga berjaya smua ____________________



Saturday, May 7, 2011

~SeLaMaT HaRi iBu bUaT IbU TeRsAyANg~


alhamdulillah..aku masih dapat mengucapkan selamat hari ibu kpd ibu tercinta..


kepada semua ibu-ibu..terima kasih krn telah banyak mencurahkan jasa dan bakti kepada ank2 tercinta...

tiada penat lelah menjaga kami...pengorbananmu tidak mampu aku balas...tp akan dihargai... jasamu ku kenang...akn ku cuba sedaya upaya utk buat yg terbaik hanya utkmu..

~InSyAAllah~

TeRiMa kAsIh kpd ma,umi..mok,uda,cik long, krn telah memegang gelaran IbU..hanya yg terbaik utk kita semua..
harapan moga bahagia slalu..sayang s0km0..


Friday, May 6, 2011

~Ya Allah..berikanlah aku petunjukMu...~


Ya Allah..

aku telah banyak kesilapan yang aku lakukan..ampunkanlah dosaku..aku lalai Ya Allah..aku khilaf...Aku hanya insan biasa yang tak pernah luput dr membuat kesilapan..Aku perlukan bimbingan, dorongan untuk memimpin aku Ya Allah...Tabahkan hati aku andai sepenantian ini hati aku tidak kuat...


Ya Allah..andai tali-tali cinta ini membuatkan aku semakin lemah, Kau kuatkanlah aku..Kau kuatkanlah imanku..Kau peliharalah aku...


Ya Allah...

kadang-kadang insan ini lemah, maka Kau kuatkanlah.. kadang-kadang resah, maka Kau tenagkanlah..kadang-kadang gentar maka Kau campakkanlah keberanian dlm hati ini..aku berjuang, maka Kau permudahkanlah, aku menuntut ilmuMu maka Kau faqihkanlah...aku syg pdMu dan Kau maha tahu segalanya ap yg terbaik utkku...Jika ini yang terbaik utkku, aku redha Ya Allah...

InsyaAllah..


Ya Allah...

Semoga Allah mengurniakan taufik dan hidayah, kbhagiaan yg hakiki, keampunan dan keredhaan, keimanan da ketakwaan yg tulus, ilmu yg bermanfaat, barakah dlm smua usha dan ibdah..doaku agr Allah memberkati hidup ini dgn teman yg jujur, membimbing ke jln yg bnr dan ikhlas memelihara iman ini..amen~


YA ALLAH,jika derita ini satu ujian untuk aku MENGHAPUSKAN dosa2 ku, maka aku redha dgn derita ini, PERBAIKILAH diri ku.Tetapi jika rasa dari derita ini MENAMBAHKAN dosa ku pada MU, maka HILANGKANLAH ia dari hatiku, kerana aku TAKUT akan Murka dan Siksa Neraka MU

Wednesday, May 4, 2011

~.....HaRaMkAh.....~

lOcAtIoN : AsRaMa mAkTaB
mOoD : SeDeY.....

Ya Allah..

haramkah aku
Bila hatiku jatuh cinta
Tuhan tolong pegangi hatiku
Biar aku tak jadi melanggar...
Aku cinta pada dirinya
Cinta pada pandang pertama
Sifat manusia ada padaku
Aku hanya manusia biasa...


haramkah aku
Bila aku terus menantinya...

Aku tetap ingin dirinya
Tak mungkin aku berdusta
Hanya Tuhan yang bisa jadikan
Yang tak mungkin menjadi mungkin..

Aku hanya ingin cinta yang halal
Di mata dunia juga akhirat
Biar aku sepi, aku hampa
Tuhan sayang aku

Aku hanya ingin cinta yang halal
Dengan dia tentu atas izinNya
Ketika cinta bertasbih
Tuhan beri aku cinta
Ku menanti cinta…


Friday, April 22, 2011

~buat adam yg mencari cinta hawa..buat hawa yg menanti cinta adam..~


benar..jodoh itu ketentuan TUHAN..tapi kita akan ada terma merisik..??salah ke merisik..??x salah bahkan dianjurkan supaya x tersalah pilih..hmm..

untuk adam..

andai mahu mencari hawa..

1. jgn dilihat pd purdah mahupun tudung semata-mata..kerna hawa hari ini tidak lagi seperti dulu..lihatlah pd telapak tgnnya..andai mudah telapak lembut itu hinggap pd kulit lelaki lain tanpa lapik..fikirlah semasaknya utk menyuntingnya..sesungguhnya memegang bulu anjing itu lebih baik dari menyentuh kulit lelaki atau wanita yang boleh kita kahwini..

2. jgn dilihat pada baju labuh mahupun jubahnya semata-mata..lihatlah pada sebujur bibirnya..andai kata-katanya berbisa atau kuat suaranya..fikirlah semasaknya andai hati masih teringin menyuntingnya..khuatir kelak dia membawa fitnah buat si suami..menabur buruk diri si suami..

3. jgn dilihat pada cantik ayu wajahnya semata-mata..lihatlah pada sepasang indah mata miliknya..andai tidak redup menunuduk pandangan..fikirlah semasaknya andai ingin terus menyunting dirinya..khuatir bila sudah bersuami matanya masih terus meliar memandang segak rupa lelaki lain yang bukan bernama suami..

untuk hawa..

andai mahu menerima cinta adam..

1. jgn dilihat pada kereta mewahnya semata-mata..lihatlah pd aktiviti malamnya..andai liar hidupnya tika malam menjelma..fikirlah sebaiknya andai mahu menerima..kerna maksiat itu lebih mudah tatkala kelam malam sudah tiba..khuatir juga subuhnya terus leka dibuai mimpi nan indah..

2. jgn dilihat pada pakaian berjenama semata-mata..lihatlah pada bahagian kakinya..andai mudah lututnya ditayangkan tatkala lincah dipadang bola..fikirlah sebaiknya andai masih mahu menerima..kerna aurat suami itu hanya selayaknya dilihat oleh si isteri..

3. jgn dilihat pada tampan paras semata-mata..lihatlah pada mulutnya tatkala berbicara..andai dia mudah menghambur carutan dan sumpah seranah..fikirlah sebaiknya andai masih tegar memilihnya..khuatir pabila bersama kelak..kesalahan kecil anda akan menerima hamburan cacian yang menyeksakan..

lelaki dan wanita hari ini tidak lagi seperti mereka yang dahulu..sebelum ini..wanita berhijab itu sesungguhnya mmg mulia zahir batinnya..tetapi hari ini..mereka yang bertudung barangkali hanya utk menyembunyikan kelemahan diri..begitulah juga sang lelaki..kadang-kala berkopiah..dari mata nampak sungguh alim..tetapi dlm hatinya..??siapa yang tahu..

sekadar renungan bersama..^^



Sunday, April 17, 2011

~kEhIdUpAn cHeKgU~

loCaTiOn : lAm bIliK AsRaMa (SaLaGi mAsIh bLh dUk aSrAmA)
MoOd : sEdEy ... (KnP AwK BuAt sY McM Nie)
LiStEnInG To : ZiKiR ReMaJa (aLhAmDuLilLaH)


As'salamualaikum semua...dah lama tak update blog nie..sbb hari2 bzy..tak sempat nak ber'on9'...
nie nak bukak cherita pasal sekolah..alhamdulillah dapat praktikum fasa 1 di sekolah kebangsaan permai indah...g memang indah suasananya...alhamdulillah guru-guru dan adik-adik kat sekolah tu baik..terutamanya pk 1 dia...puan asa tqvm atas jasa anda!!amat kami hargai...

minggu pertama :

minggu pertama dah kena masuk kelas hari ke2 dan mengajar...tak plan ape2 pon..huhuhu..sempat la berkenalan ngan semua..diaorang mcm excited jer ngan cikgu baru...cikgu baru yg garang nie..jgn tak thu!hahhaha


minggu kedua :

alhamdulillah..minggu kedua ad yg panggil sy ustazah!mudah2an~hehheh..minggu kedua semakin mesra, adik-adik makin berminat dengan aktiviti..dah dtg tnya cikgu kena bwk barang apa..alhamdulillah, ad perubahan yg positif!

minggu ketiga :

arahan makin jelas dan senang diterima oleh adik2...aktiviti yg dijalankan tercapai kerana ramai yg dapat siapkan tugasan mereka..seronok tgk adik2 blajar dgn aktif!cikgu pon mengajar dgn aktif!cikgu pon terlibat dgn boria sekali..hhuhuhu...kena bagi arahan untuk kawad kaki..ohh tidaakkk..huhu..mural, alhamdulillah in progress~

minggu last! :

mood sedey nak tinggalkan sekolah...adik2 smua tanak lepaskan cikgu2 diaorang...smua sedeh, siap mintak no fon, hadiah mcm2 dpt..trima ksih smua..cikgu akan ingat adik2 ckgu...insyaAllah, ad jodoh kita jumpa lagi...



nie adik-adik dtg utk amik tanda tngn~



terima kasih smua adik2 SKPI~